RM12 Juta Diperlukan Untuk Bina
Masjid Yusuf Sungai Pusu
Dengan RM10 Anda Sudah Mampu Membantu
Replika Masjid Yusuf Sungai Pusu
Masjid Yusuf Sungai Pusu perlu dibina segera bagi menampung pertambahan jumlah kariah Kampung Sungai Pusu, Gombak saban tahun.
Pembangunan masjid ini amat mendesak bagi membolehkan 1,200 jemaah berkumpul dalam satu masa, dan menggantikan surau yang dijadikan tempat solat Jumaat setiap minggu.
Lebih menyedihkan surau tersebut juga tidak mampu lagi menampung pertambahan jemaah dan kariah yang semakin meningkat sekaligus mengundang ketidak selesaan ketika melakukan solat dan aktiviti keagamaan lain di situ.
"Kami bimbang aktiviti keagamaan untuk masyarakat di sini tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana masalah ruang yang kecil dan kekurangan kemudahan fasiliti untuk orang ramai,".
Justeru, dana RM12 juta perlu dikumpul segera bagi tujuan untuk menampung kos kerja awalan, kos kerja pendawaian, cerucuk dan kos kerja luar jangka.
Masjid berbumbung biru yang lengkap dengan kemudahan fasiliti ini pasti dinantikan ramai umat Islam terutama jemaah yang terpaksa menggunakan surau kerana tiada masjid di situ.
Kawasan tanah wakaf dua ekar di Sungai Pusu ini akan dibangunkan Masjid Yusuf Sungai Pusu
Tanah dua ekar untuk pembangunan masjid ini juga adalah wakaf dari seseorang yang berhati mulia Tuan Haji Yusuf, namun beliau tidak sempat melihat Rumah Allah ini dibina kerana terlebih dahulu dijemput Illahi.
"Jadi marilah kita menyambung perjuangan beliau untuk melihat satu lagi tempat berkumpul Umat Islam di Sungai Pusu dibina dan diimarahkan,".
Menyumbanglah hari ini, tanpa bertangguh semoga dikembalikan balasan bersedekah ketika dunia semakin menghampiri penghujungnya.
Mudah-Mudahan setiap sumbangan yang kita berikan akan menjadi pemberat timbangan dan menyelamatkan kita dari siksa neraka insyAllah.
Ayuh kita bantu rumah Allah ini. Mungkin kecil yang kita berikan, suatu hari nanti menjadi begitu besar di sisi Allah seterusnya menyelamatkan kita dari siksaan-Nya.
RM10 Untuk Masjid Yusuf